Berikut adalah berita terbaru, mengenai kes penculikan pelajar UMS Sabah, tiga hari lepas.
Penjenayah tersebut telah melarikan diri bersama mangsa ke arah Keningau dan telah bersembunyi di satu kampung yang bernama Kg. Purutan di daerah Tambunan. Menurut laporan akhbar seorang telah berjaya ditangkap dan seorang lagi berjaya melarikan diri.
Mangsa yang dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri ditemui dalam kereta tersebut telah dihantar ke Hospital Keningau untuk tujuan pemeriksaan.
Pemburuan telah dijalankan pada hari kedua oleh pasukan Polis Tambunan di kawasan Kg. Purutan tetapi gagal menemui suspek yang kedua. Menurut cerita suspek tersebut telah masuk ke dalam lumpur bagi mengelakkan dikesan oleh pasukan Polis. Pada masa yang sama pihak polis telah mengadakan sekatan jalan di persimpangan Jalan Kg. Kiawayan Tambunan (bertentangan Padang Golf Tambunan).
Hari ketiga (April 17). Bagaimana penjenayah tersebut ditangkap?
Kg. Purutan adalah bersebelahan dengan Kg. Monsok dan Kg. Monsorulung. Para penduduk di kawasan itu telah maklum mengenai kejadian tersebut dan siap sedia sekiranya penjenayah tersebut masuk ke kampung mereka.
Seorang penduduk yang bernama Bundui dari Kg. Monsorulung, seperti pada kebiasannya pergi ke Kg. Purutan untuk menziarahi orang tuanya. Beliau yang telah maklum mengenai kes tersebut terserampak dengan penjenayah tersebut dan berpura-pura untuk mahu menolong suspek pulang ke Papar (kedua-dua penjenayah adalah berbangsa Bajau dari Papar). En. Bundui memberitahu kepada suspek, jika ada sekatan jalan dia menyuruh suspek tersebut untuk tunduk dibawah tempat duduk. Maka penjenayah itu pun yakin dan menaiki kereta En. Bundui.
Setelah menghampiri, persimpangan Kg. Kiawayan, Bundui telah mengelipkan lampu keretanya berkali-kali. Polis yang mengadakan sekatan jalan pun tahu akan maksud signal tersebut dan bersiap sedia.
Belum pun sempat sampai kepada polis, penjenayah tersebut menyedari akan tindakan Bundui lantas terjun dari kereta tidak berapa jauh dari polis. Polis mengejarnya sehingga berlaku pergelutan dalam lumpur(parit sawah padi).
Penjenayah tersebut sudah ditangkap dan berada di Balai Polis Tambunan untuk tindakan selanjutnya.
(sumber:informer)-edited
Sekian.
Lampiran illustrasi penulis
*untuk pengetahuan pelajar yang diculik berasal dari Sarawak berbangsa Cina dan berkerja part-time di King Fisher Teluk LIkas.(tempat ini juga popular sebagai tempat tinggal pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah)
p/s: kg.monsorulung adalah Kampung Candy AF5 :)
p/p/s: kg. rompon adalah bersempadanan dengan kg. monsok dan kg. purutan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 comments:
ko punya blog ka ni anjang? nasib tu penjenayah inda masuk kampung kan, bahaya o!! ba ni blog sya www.zoebonney.blogspot.com
ya ba suda sya cek hehe
padan muka...kotohhhh..noh hoii
macam tiada kerja lain.
banyak tu pelacur di kk ...p lah booking 10 org kah...
hoho. sudah kene tangkap ka? budak yg kene culik tu sape nama??
hehe. camana la leh jadi..
kalau syiorang saya mau tangkap lelew dia buat sup kari asam laksa..biar ada omm....baru c perogol tau minum sup syiorang
syiorang nda minum sup la kalau begitu, nanti syiorang jadi per...l :)
Post a Comment
Thanks for commenting, do come again.