Disebabkan kenaikan harga minyak yang mendadak, telah banyak menyusahkan rakyat. Bukan sahaja minyak kereta ynag naik malah barangan keperluan yang lain.
Beras nasional yang bersubsidi tidak mencukupi di pasaran malah ada yang menyalahgunakan atau mengambil kesempatan keatas beras tersebut. Harga yang dijual pada harga tetap RM18 telah dinaikkan oleh pihak-pihak tertentu atas alasan susah untuk mendapatkannya sedangkan permintaan meningkat.
Beras yang saya beli ini dari kedai runcit benggali dan dijual dengan harga RM19. MUngkin dia mahu ambil untung sedikit. Walau bagaimanapun adalah tidak adil untuk menaikkan harga beras subdidi ini, kerana harganya sudah ditetapkan pada harga Rm18.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
uiks laku ni beras first2 dia kluar.sampai abis bah, sanggup ni org tunggu mo kena susun sana servay...
tidak boleh beli banyak kan? sayangnya tiada jual d milimewa
Post a Comment
Thanks for commenting, do come again.